Lima pelukis muda giat ukir nama di persada seni

Puad Ibrahim, Berita Harian, March 13, 2023
Di bawah naungan galeri privet, Cuturi Gallery, mereka asah bakat dan kerjaya di peringkat setempat, antarabangsa
 
MENDAKI KERJAYA SENI: Pengasas Cuturi Gallery, Encik Kevin Troyano Cuturi (kiri), telah memberi peluang kepada lima pelukis muda, (dari kanan) Afiqa A'mran, Khairulddin Wahab, Faris Heizer, Aisha Rosli dan Israfil Ridhwan untuk mengorak langkah lebih
MENDAKI KERJAYA SENI: Pengasas Cuturi Gallery, Encik Kevin Troyano Cuturi (kiri), telah memberi peluang kepada lima pelukis muda, (dari kanan) Afiqa A'mran, Khairulddin Wahab, Faris Heizer, Aisha Rosli dan Israfil Ridhwan untuk mengorak langkah lebih maju dalam kerjaya seni mereka. Mereka ditemui BH di galeri tersebut di Aliwal Street, Kampong Glam, pada 3 Mac 2023. - Foto-foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
 
MENDAKI KERJAYA SENI: Pengasas Cuturi Gallery, Encik Kevin Troyano Cuturi (kiri), telah memberi peluang kepada lima pelukis muda, (dari kanan) Afiqa A'mran, Khairulddin Wahab, Faris Heizer, Aisha Rosli dan Israfil Ridhwan untuk mengorak langkah lebih
 "Bagi kami artis setempat di bawah naungan galeri, kami dapat saling belajar dan membantu antara satu sama lain. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana masyarakat seni kecil, terutama bagi artis profesional muda yang berusaha untuk mengukir nama."

- Israfil Ridhwan, artis.

 

"Saya sangat berterima kasih dan ghairah untuk mempamerkan karya saya di Amerika kerana ia merupakan satu pencapaian besar mengadakan pameran di Amerika.

Banyak galeri besar berada di sana. Terdapat juga ramai artis antarabangsa yang saya kagumi, saya bangga dapat bersama mereka.''

- Faris Heizer, artis.

 

"Kami mempunyai pengumpul seni yang telah menjadi penaung dan suka membantu artis muda yang bersama kami. Selain seni mereka dapat perhatian, kami juga membantu mereka tentang cara menguruskan kerjaya dan membantu mereka dalam pameran luar negara."

- Encik Kevin Troyano Cuturi, Pengasas Cuturi Gallery.

 

News Source

40 
of 187